Wednesday, November 30, 2011

Meh nengok OMBAK RINDU meh...

Hai korang mesti penah bace cite ombak rindu ni kan? aku mula bace time kt matrik....time tu lh baru kenal novel...tu pn pinjam kt member (ikut turn lak tu)...kesian yerk..org kampung pastu tkde pendedahan sgt pasal novel2 ni....dulu2 i sibuk mnyukat jalan kampung jew...hehehehe....

cite ni mmg siok bile bace sbbnye mood akan mudah bertukar bila memahami bait2 kata yg di garap cantik oleh Fauziah Ashari....this weekend mmg akan cuba beratur & membeli tiket wayang cite ni...pape pn meh kite layan 2 sinopsis dari novel & filem ombak rindu:



Jenis:                             Novel
Pengarang :                   Fauziah Ashari
Penerbit:                       Alaf 21       
Watak Utama:              Izzah, Hariz, Mila


Sinopsis:

Izzah adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bagaimana pula penerimaan Mila pada Izzah? Dapatkah hariz membahagiakan Izzah dan Mila? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?



Jenis:                            Filem
Pengarah:                     Osman Ali           
Penerbit:                       Astro Show in Association with Tarantella Pictures Presents
Pelakon Utama:            Aaron aziz, Maya Karin, Lisa Surihani

Sinopsis:

Izzah, gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha cukup tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bala dalam keluarga mereka.

Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak ayah saudaranya walaupun hatinya meronta.

Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz sanggup 'membeli' Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.

Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?

meh kita saksikan mereka di pawagam berdekatan anda meh........ tp sebelum tu meh kite layan gambar lakonan mereka meh..






Sekian meh rehat meh...


Lain2 Sumber: Gambar Ombak Rindu
                       Wikipedia






No comments:

Post a Comment